Thursday, 19 July 2012

Pulangan Pelaburan 1-10 Tahun

Aku pernah bagi jadual pendapatan pelaburan untuk 10 tahun bagi beberapa portfolio pelaburan sebelum ni. Memandangkan jadual yang sebelum ni cuma kira pulangan untuk jangkamasa 10 tahun, ada kawan aku kata 10 tahun sangat panjang. Jadi, dia minta nak tengok macam mana pulangan antara 1 hingga 10 tahun sebab aku bagitau untuk emas kena tunggu sekurang-kurangnya 18 bulan. Perak pulak lebih lama, mungkin 5- 10 tahun. Jadi, kali ni aku kira pulak pulangan untuk pelbagai portfolio pelaburan untuk 1 hingga 10 tahun. Tarikh rujukan adalah 16 Julai 2002. Memandangkan emas dan perak ni harganya berdasarkan matawang USD, kita kena juga ambil kira kadar tukaran MYR-USD.

Haaaaa.... camna, ada berani ka?







Saturday, 26 May 2012

Produk Emas GSR

Cincin 1, 2 dan 5g
Rantai Tangan Gajah dan Rantai Tangan Pasir

5g Emas Keping

1g Emas Keping





10g Emas Keping


Monday, 5 March 2012

Kenapa pelaburan emas dan perak?

Dalam kerancakan membeli emas, ramai tak sedar bahawa pelaburan perak sebenarnya memberikan pulangan lebih lumayan. Sebabnya harga perak sangat-sangat murah berbanding emas. Perak jugak tak berapa meluas digunakan sebagai perhiasan macam emas. Tapi sebenarnya perak lebih banyak digunakan di industri. Betul ka pelaburan emas dan perak ini sangat menguntungkan? Kalau ikut prestasi lepas, tiada keraguan lagi. Tak percaya? Tengoklah perbandingan di bawah. ASB memang menguntungkan, tapi kenapa perlu berdiam diri kalau ada yang lebih menguntungkan?

Tapi ingat, nak melaburkan hasil keringat kita perlu strategi. Macam berperang la... ada the art of war. Jadi kena ada The Art of Investing, melabur pun ada seninya. Lepas tu, The Art of Gold/Silver Investing. Wah, menarik! Boleh buat buku ni hehehehehe... nak buat apa-apa kena ada ilmunya, dan berani menanggung risikonya....

Sunday, 4 March 2012

Emas dan Perak: Harta yang Islami dan Universal

Siapa kata Islam mau umatnya hidup dalam kemiskinan? Kita selalu ingat sesiapa yang nak menjadikan Islam sebagai cara hidup perlu hidup dalam kemiskinan untuk dekat dengan Allah. Kalau kita menghayati kitab panduan kita, ada banyak ayat yang memerintahkan kita supaya berusaha menyenangkan hidup dunia kita. Selari dengan fitrah yang inginkan kesenangan, Allah tidah menjadikan Islam sebagai agama yang cuba menyekat naluri manusia. Nak kaya? Boleh, jadilah sekaya yang kamu boleh.

Dijadikan indah kepada manusia kecintaan kepada hal-hal yang menyeronokkan melalui wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari EMAS dan PERAK, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan kebun-kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.
(QS. 3:14)

Dalam ayat yang dinyatakan tu, Allah bagitau memang manusia dijadikan suka kepada sesuatu yang menyeronokkan. Harta adalah antara perkara yang menyenangkan hati kita. Sapa tak suka jadi hartawan? Dan dalam banyak-banyak jenis harta, emas, perak, kuda-kuda yang baik bakanya, ternakan dan kebun-kebun (atau ladang) tanaman adalah yang disebutkan dengan jelas. Adakah jenis harta yang lain seperti simpanan, saham atau perniagaan bukan harta? Haaaa.... camna tu? Hehehehehehe...

Kepingan Perak Yang Cantik, Menyenangkan Mata Memandang :-)

Yang ni senang dak mata memandang?

Pada pandangan aku, yang Allah sebut adalah harta yang sebenarnya. Duit dalam simpanan juga harta, tapi duit kertas ni cuma sekeping kertas yang diberikan nilai oleh manusia. Wang kertas atau depa dok panggey 'fiat money' ni akan susut nilai, sebagaimana susutnya nilai sebuah kereta. Tapi emas, perak, tanah, ternakan semua tu akan sentiasa ada nilanya kan? Contohnya, nak bela lembu berapa ekoq saja perlu RM250 juta kan... hehehehehe

Saham pulak, reganya memang la ada turun naik. Tapi saham ni pemilikan perniagaan, boleh dibuka dan ditutup oleh manusia. Contohnya syarikat NFC, daripada tiada kepada ada. Tak mustahil lepas ni akan tiada semula heheheheheh... Perniagaan pula lebih kepada alat untuk mendapatkan harta, sebab tu jual beli ada disebutkan dalam al Quran sebagai proses yang perlu dibersihkan daipada riba. Dan sebab tu jugak la, sapa yang ada bisnes akan gunakan keuntungannya untuk beli tanah atau rumah (kondo) sebagai kemuncak proses pengumpulan harta.

Allah boleh pinjamkan harta kekayaan bergudang-gudang, tapi kamu jangan lupa untuk kamu menjadi kaya ada orang lain yang membantu kamu.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(QS. 9:34)

Syarat dia? Bila Allah dah bagi harta yang banyak, harta tu bukan setakat untuk dibelanjakan untuk diri sendiri, tapi ada bahagian orang lain yang disertakan sekali. Zakat dan infaq jangan dilupa. Bahagian zakat ada dikhususkan untuk zakat emas dan perak, memang dah disebutkan oleh Rasulullah. Jadi, nampak keistimewaan emas dan perak kan? Kalau pengiktirafan dunia memang dah diakui la sejak zaman-berzaman, daripada tamadun Greek, Rom sampai sekarang emas dan perak adalah logam yang sangat berharga. Jadinya, apa lagi ditunggu? Nak beli tanah dengan kuda tak mampu.....

Jamu mata lagi :-)

Saturday, 25 February 2012

Memahami Inflasi

Sana sini orang cakap tentang inflasi. Kalau berita ekonomi tak sah kalau tak sentuh tentang inflasi. Yang kita biasa faham tentang inflasi adalah kenaikan harga barang. Jadi kalau dikatakan inflasi 4%, kita ingat purata kenaikan rega barang adalah sebanyak 4% daripada rega pada tahun sebelumnya. Betul kah apa yang kita ingat selama ni? Kadar inflasi di Malaysia adalah 4%, tapi kalau di tengok rega barang adakah kenaikan harga cuma 4%? Yang pasti, inflasi menyebabkan kita hilang kuasa membeli. Tahun 1989, aku ke sekolah bawa duit poket 5 kupang pun dah kira banyak. Tahun 2012 5 kupang boleh beli apa? Karipap pun la ni dah mahal, kecik pulak tu!

Saturday, 4 February 2012

Portfolio Baru: Emas dan Perak

Dah lama tak kemas kini blog ni. Sejak masuk pejabat semula, aku kena review portfolio pelaburan aku. Apa yang terkini?

Hari tu sempat la tambah lagi RM500 dalam saham Bank Rakyat. Itu saja yang automatik dapat, tapi kononla ada booking RM50 ribu. Aku rasa tak dapat pun, saja la isi borang. Mana tau lagi beberapa tahun ada rezeki kan? Kalau tak dak kita guna melabur tempat lain, apa nak susah kan? Tapi, yang paling tak best adalah dividen Bank Persatuan cuma 6.5%. Adoi! Aku bagi masa setahun lagi, tengok ada peningkatan atau tak. Kalau tak ada perkembangan kita tarik saja modal, masuk pelaburan baru- logam berharga. Hehehehehe...

Dah lama dok mengintai dari tirai kamar dengan pelaburan emas dan perak ni. Sebenarnya ada logam lain lagi, platinum dan paladium tapi emas dan perak yang lebih meluas dan popular. Emas dan perak jugala antara harta benda yang disebut dalam Al-Quran sebagai harta-benda dunia yang kalau digunakan dengan bermanfaat akan membahagiakan pemiliknya. Kalau lalai, sendiri mau ingat la kan!

Aku belumpun banyak melabur dalam emas dan perak ni. Bermula dengan Bengkel Pelabur Underground dan berkenalan dengan Ikram Adi, aku beli e-buku pasal pelaburan perak secara fizikal yang dia tulis. Nak tau jugak pasal ebook ni boleh ke sini. Boleh beli e-book tu dan baca. Pastu mulalah mempraktikkannya. Selalunya dia ada offer ebook tu. Pelaburan terbaik adalah melabur untuk diri sendiri, tak gitu?

Sebelum ni aku lebih banyak tau pasal emas, sampai dah berkira-kira nak buka akaun pelaburan emas. Tapi, rupanya pelaburan perak lebih menguntungkan. Dan tentunya lebih mampu milik untuk aku. Harga emas semasa dalam RM170++ segram. Kau mampu? Huhuhuhuhu... Kalau perak dalam RM3 lebih saja. Cuma mungkin la, perak tak sepopular emas. Tapi yang popular tu emas yang dibuat barang kemas tau, bukan jongkong emas.

Kenapa pula nak melabur secara fizikal? ASB, saham tu camna? Kalau ikut kitaran pelaburan, dekad ini adalah dekad logam berharga. Aku letak sekali rajah yang dipanggil Kondratieff cycle yang menyamakan iklim ekonomi ni dengan cuaca 4 musim. Jangka masa satu musim mengikut Kondratieff adalah lebih kurang 20 tahun. Kitaran ni dicartakan berdasarkan keadaan ekonomi lebih seratus tahun.


Kondratieff cycle

Setiap musim ada portfolio pelaburan yang terbaik yang diukur berdasarkan 4 kriteria: tahap keyakinan pelabur, kadar inflasi, kredit dan kadar faedah. Contohnya, musim luruh adalah antara tahun 1982-2000. Pertengahan tahun 90-an, berbondong-bondong orang main saham kan. Kena pulak masa banyak syarikat-syarikat baru berasaskan teknologi maklumat naik. aku ingat lagi masa tu ada masuk suratkhabar tentang para broker saham yang kaya-raya, antaranya pengacara RTM Hamidah. Lepas tu ada seorang lagi, dah tak ingat namanya tapi Syeikh atau Syed rasanya. Menjadi remisier dalam usia muda. Masa tu kakak aku dan bakal suami dia (belum kawin lagi masa tu) hutang dengan aku untuk melabur dengan mamat ni. Tapi, depa ni masuk agak lambat. Dah hujung-hujung musim. Sudahnya, ntah ke mana la duit tu.

Kalau rujuk kitaran tu, zaman tu pelaburan saham, bond dan hartanah memang boom. Projek-projek dibuat merata-rata sampai menyampah pulak aku tengok banyak kawasan hijau ditebang untuk pembinaan. Tahap keyakinan pelabur sangat kental, lepas tu pinjaman pun lebih mudah. Lepas zaman gelap 1998-2000, zaman saham amanah (Unit Trust) pulak. Tapi dah nampakla popularitinya dah mula suram, diambil-alih pulak oleh zaman orang nak simpan duit tunai dan emas perak. Sebab apa? Sebab zaman 1998-2000 pakat hilang duit kan. Maka bermula lah musim sejuk. Kira la ni kita masih bermusim sejuk, yang kita tengok la ni minat orang ramai kat saham amanah dah suam-suam kuku kan.

Yang tengah hangat dipasaran adalah emas dan perak pulak. Emas dan perak tak macam duit, depa ni kebal inflasi. Kalau nilai duit semakin turun disebabkan inflasi, emas dan perak pulak harganya sentiasa sedondon dengan inflasi. Jadi nilai tak berkurang. Tak macam duit tunai.

Nak cerita tentang kitaran ni, sangat panjang. Nanti-nanti aku tulis. Tengah mengkaji lagi, sesambil tu berjimat-jimat la dulu, nanti boleh beli emas dan perak. Hehehehehe...

Saturday, 14 May 2011

Pelaburan Terbaik

The investment is to invest in yourself!

Mula-mula, daripada tak tau kena la belajar kan?