Monday 5 March 2012

Kenapa pelaburan emas dan perak?

Dalam kerancakan membeli emas, ramai tak sedar bahawa pelaburan perak sebenarnya memberikan pulangan lebih lumayan. Sebabnya harga perak sangat-sangat murah berbanding emas. Perak jugak tak berapa meluas digunakan sebagai perhiasan macam emas. Tapi sebenarnya perak lebih banyak digunakan di industri. Betul ka pelaburan emas dan perak ini sangat menguntungkan? Kalau ikut prestasi lepas, tiada keraguan lagi. Tak percaya? Tengoklah perbandingan di bawah. ASB memang menguntungkan, tapi kenapa perlu berdiam diri kalau ada yang lebih menguntungkan?

Tapi ingat, nak melaburkan hasil keringat kita perlu strategi. Macam berperang la... ada the art of war. Jadi kena ada The Art of Investing, melabur pun ada seninya. Lepas tu, The Art of Gold/Silver Investing. Wah, menarik! Boleh buat buku ni hehehehehe... nak buat apa-apa kena ada ilmunya, dan berani menanggung risikonya....

Sunday 4 March 2012

Emas dan Perak: Harta yang Islami dan Universal

Siapa kata Islam mau umatnya hidup dalam kemiskinan? Kita selalu ingat sesiapa yang nak menjadikan Islam sebagai cara hidup perlu hidup dalam kemiskinan untuk dekat dengan Allah. Kalau kita menghayati kitab panduan kita, ada banyak ayat yang memerintahkan kita supaya berusaha menyenangkan hidup dunia kita. Selari dengan fitrah yang inginkan kesenangan, Allah tidah menjadikan Islam sebagai agama yang cuba menyekat naluri manusia. Nak kaya? Boleh, jadilah sekaya yang kamu boleh.

Dijadikan indah kepada manusia kecintaan kepada hal-hal yang menyeronokkan melalui wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari EMAS dan PERAK, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan kebun-kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.
(QS. 3:14)

Dalam ayat yang dinyatakan tu, Allah bagitau memang manusia dijadikan suka kepada sesuatu yang menyeronokkan. Harta adalah antara perkara yang menyenangkan hati kita. Sapa tak suka jadi hartawan? Dan dalam banyak-banyak jenis harta, emas, perak, kuda-kuda yang baik bakanya, ternakan dan kebun-kebun (atau ladang) tanaman adalah yang disebutkan dengan jelas. Adakah jenis harta yang lain seperti simpanan, saham atau perniagaan bukan harta? Haaaa.... camna tu? Hehehehehehe...

Kepingan Perak Yang Cantik, Menyenangkan Mata Memandang :-)

Yang ni senang dak mata memandang?

Pada pandangan aku, yang Allah sebut adalah harta yang sebenarnya. Duit dalam simpanan juga harta, tapi duit kertas ni cuma sekeping kertas yang diberikan nilai oleh manusia. Wang kertas atau depa dok panggey 'fiat money' ni akan susut nilai, sebagaimana susutnya nilai sebuah kereta. Tapi emas, perak, tanah, ternakan semua tu akan sentiasa ada nilanya kan? Contohnya, nak bela lembu berapa ekoq saja perlu RM250 juta kan... hehehehehe

Saham pulak, reganya memang la ada turun naik. Tapi saham ni pemilikan perniagaan, boleh dibuka dan ditutup oleh manusia. Contohnya syarikat NFC, daripada tiada kepada ada. Tak mustahil lepas ni akan tiada semula heheheheheh... Perniagaan pula lebih kepada alat untuk mendapatkan harta, sebab tu jual beli ada disebutkan dalam al Quran sebagai proses yang perlu dibersihkan daipada riba. Dan sebab tu jugak la, sapa yang ada bisnes akan gunakan keuntungannya untuk beli tanah atau rumah (kondo) sebagai kemuncak proses pengumpulan harta.

Allah boleh pinjamkan harta kekayaan bergudang-gudang, tapi kamu jangan lupa untuk kamu menjadi kaya ada orang lain yang membantu kamu.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(QS. 9:34)

Syarat dia? Bila Allah dah bagi harta yang banyak, harta tu bukan setakat untuk dibelanjakan untuk diri sendiri, tapi ada bahagian orang lain yang disertakan sekali. Zakat dan infaq jangan dilupa. Bahagian zakat ada dikhususkan untuk zakat emas dan perak, memang dah disebutkan oleh Rasulullah. Jadi, nampak keistimewaan emas dan perak kan? Kalau pengiktirafan dunia memang dah diakui la sejak zaman-berzaman, daripada tamadun Greek, Rom sampai sekarang emas dan perak adalah logam yang sangat berharga. Jadinya, apa lagi ditunggu? Nak beli tanah dengan kuda tak mampu.....

Jamu mata lagi :-)