Thursday 16 October 2008

Beli jangan tak beli

La ni pasaran serata dunia kelam kabut. Wahhh kitaran ekonomi, kita bakal berada pada kedudukan yang sama 10 tahun dulu. Kalau ikut prinsip Buffett, masa ni la dia siapkan duit tunai banyak-banyak sebab nak membeli saham semaksimum mungkin. Tapi nak beli tu pun bukan sebarang beli, si Buffett ni tak pernah ketinggalan buat siasatan atas setiap syarikat yang dia nak beli. Bukan main taram beli saja.

Aku pulak, manjang aja duit tak cukup walaupun dari dulu kononnya nak simpan duit banyak-banyak, bila ekonomi meleset boleh la beli saham yang tak mampu nak beli dalam keadaan ekonomi biasa. Sekurang-kurangnya nak kena pastikan syarikat tu penah survive kemelesetan ekonomi sebelum ni, saham jatuh menjunam pun tak kisah la. Kiranya pengurusan dah biasa menghadapi masa meleset la. Kalau aku ada duit lebih, aku target Nestle. Telco aku target Digi.

Nasib baik aku tadak main saham kat sini. Kalau dak aku nak beli saham Cadbury. Pasai pa aku target Cadbury? Pasai pengasas Cadbury ni ala-ala ahli kitab la. Kampung Cadbury kat Birmingham tu bebas daripada penjualan arak tau! Hari tu masa Tesco nak buka Tesco Express, habih semua penduduk kat situ bantah sebab nak kekalkan imej kampung depa yang takdak menjual dan minum arak. Huh, Kuala Lumpur pun kalah tau! Nasib baik kedai tujuhsebelas kat Bangi tak jual arak, kalau dak Lembah Bangi yang konon-konon kawasan intelek pun kalah ngan kampung pekerja-pekerja kilang coklat. Tu pun tujuhsebelas yang kat fasa 3 tambahan la, yang kat fasa-fasa lain aku tak tau la. Aku tau hat dekat umah aku saja la.

Kalau ada duit yang sangat banyak, boleh la beli umah. Tengok la kawasan-kawasan strategik. Boleh beli buat umah sewa. Aku macam biasa la. Asik dok target nak beli kat Bangi ngan area KL. Buat umah sewa. Takkan nak target beli umah kat Perlis kan, buat masa ni belum lagi la terbuka hati. Tengok la nanti-nanti kot ada rumah yang elok, cantik, strategik dengan harga yang bersesuaian boleh la kot.