Wednesday 20 March 2013

Emas Menguntungkan atau Merugikan?

Kebelakangan ini harga emas jatuh, jadi kalau anda kebetulan sangat memerlukan wang dan perlu menjual emas yang dibeli 6 bulan lepas, pasti anda akan kerugian. Lalu pengalaman rugi ini disampaikan dari mulut ke mulut, aku beli emas tak untung pun. Rugi lagi ada.

 Saya selalu menekankan bahawa pelaburan emas dan perak adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Tiada pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek kecuali skim piramid yang bersifat 'head hunting'. Skim piramid tak boleh bertahan lama, sama ada 'crashed' atau diserbu pihak berkuasa. Untuk melabur, pastikan wang yang dilaburkan itu tidak akan diperlukan untuk jangka masa 2-5 tahun. Supaya anda tidak terdesak. Sebelum melabur, penuhkan dulu tabung simpanan untuk perbelanjaan hidup 3-6 bulan. Kemudian baru fikirkan ke mana mahu dilaburkan wang lebihan itu. Sebelum melabur, kita perlu memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu. Walaupun prestasi sebelum ini bukan jaminan kepada prestasi akan datang, kita masih boleh menjangkakan prestasi akan datang berdasarkan 'past performance'.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin melabur dalam emas prestasi emas selama sebulan (Graf 1) adalah tidak bagus.  Sebulan yang lalu harganya mahal, sekarang sudah menjunam. Rugi bukan?

Graf 2 juga menunjukkan trend yang sama. Harga terjun gaung! Kecewa nampaknya kerana kilauan emas nampaknya tidak seperti yang digembar-gemburkan.

 Apa keputusan anda, masih mahu melabur atau beralih ke pelaburan lain?

Lihat pula graf 3, prestasi emas untuk jangka masa setahun. Masih tidak meyakinkan. Nampaknya sinaran emas hanyalah gebang kedai kopi sahaja. Betulkah? Bandingkan dengan graf 4 disebelahnya. kenapa trend tiba-tiba seperti linear sahaja? Graf 4 adalah petunjuk prestasi emas selama 10 tahun. Sepanjang 10 tahun itu, ada puncak dan ada curam. Namun trend yang tetap adalah harganya sentiasa meningkat. Adalah sukar untuk harga hari ini jatuh sehingga harga 10 tahun lepas. Nah, apa kata anda?





Saturday 9 March 2013

Tiada Modal Nak Melabur? Sertai cabaran ini!

Alasan utama kenapa tak melabur adalah sebab tak ada duit modal. Kalau kita cari puncanya, memang takkan ada duit modal kalau tak ada simpanan.  Mana nak datang simpanan kalau kita sendiri tak menyimpan. Haaa.... macam mana pulak nak menyimpan? Tabiat menyimpan ni memerlukan tahap disiplin dan kekentalan yang tinggi. Memang susah nak menyimpan, tambahan la ni barang serba-serbinya mahal. Hari ni dapat duit, esok lusa dah habis. Bayar sana-sini, beli itu-ini.

Tapi, kita kena akui keperluan menyimpan untuk masa depan. Sebagaimana Nabi Yusuf a.s. diperintahkan bersiap-sedia menghadapi tahun-tahun yang sukar, kita juga perlu mengatur strategi untuk menghadapi hari-hari depan. Kalau tak ada strategi, macam mana nak mencapai kebebasan kewangan? Nak melabur perlukan modal, dan biasanya dalam kebanyakan buku personal finance dicadangkan supaya disisihkan 10-20% daripada pendapatan untuk dijadikan modal pelaburan. Money makes money. Tapi, bukan senang nak dapatkan peratus tu, dengan nak bayar rumah, kereta, duit belanja lagi. Susah, tapi tak mustahil.

Aku jumpa kat satu blog, cabaran selama 52 minggu, kira setahun la untuk kita menyimpan duit. Jadual di bawah ni aku ubahsuai sikit sebab dekat blog tu letak USD. Mulakan dengan RM1, setiap minggu tambah RM1 daripada nilai minggu sebelumnya. InsyaAllah, cukup 52 minggu kita akan ada cukup modal untuk memulakan langkah untuk membuat pelaburan. Dalam masa yang sama, belajarlah macam-macam jenis pelaburan yang ada, supaya duit hasil usaha dan titik peluh kita tak ditipu orang lain sewenang-wenangnya. Jadual cabaran simpanan ni aku letak kat bawah, untuk jadi rujukan. Cuba tengok jumlah terkumpul lepas 52 minggu. Hebat dak?



Aku nak mencabar diri sendiri ni. Untuk kes aku, aku plan nak mulakan dengan RM3, habis 52 minggu InsyaAllah nak beli 20g emas. Lepas 52 minggu kita masing-masing buat report. Mai la sapa-sapa nak join cabaran aku ni...

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak membeli atau melabur emas/perak? Daftar ahli percuma dan beli online di  http://gsr2u.com.my/atikah, atau contact FB: Peti Emas Perak GSR untuk perkongsian.