Thursday 27 December 2012

Mas kahwin zaman la

Mahar atau mas kahwin adalah pemberian suami kepada isteri atas sebab pernikahan. Tak kisah la nak bagi apa pun, yang penting mestilah bernilai dan boleh digunakan oleh isteri. Kebanyakan orang bagi wang ringgit sebagai mahar, bagi aku takdak masalah sebab itulah matawang la ni. Boleh digunakan serta merta kalau nak beli barang keperluan. Ada orang bagi barang kemas, boleh jugak dipakai. Pun tak ada masalah. Ada juga yang bagi dinar, pun bagi aku tak ada masalah. Nak simpan boleh, nak gunakan beli barang keperluan pun boleh.

Cuma bila sesetengah orang kata kena gunakan dinar sebab sunnah, well... itu intepretasi depa la. Pemahaman aku pulak, zaman Rasulullah memang betul mahar diberi dalam dinar atau dirham. Tapi masa tu dinar dan dirham adalah matawang yang digunakan. Jadi, dapat dinar dan dirham boleh terus pi beli barang, kita pulak bukan guna matawang tu. Jadi, kalau gunakan currency semasa pun tak ada salahnya. Having said that, aku tak menafikan emas dan perak sebagai barang yang berharga dipandang sebagai harta selain estet-estet dan stable kuda-kuda lumba... hehehehhe


Mas kahwin aku, diterima dalam ringgit. Sebagai kenang-kenangan, dan untuk melindungi nilai mas kahwin tu, aku pun tukarler kepada barang kemas. Aku beli rantai tangan. Mana la tau, buat masa ni memang belum memerlukan lagi. Tapi kalau la suatu hari nanti sesak-sesak, boleh la jugak digunakan untuk beli keperluan harian kan. Dan emas InsyaAllah melindungi nilai mas kahwin daripada inflasi. InsyaAllah dapat menampung keperluan kecemasan kami. Jadinya, nilah dia...rantai tangan rosa daripada GSR... tanpa kos upah... dibeli dengan harga borong... hehhehehe