Monday 5 October 2009

Mari simpan duit kat rumah

Dah dekat setahun since my last entry kat sini. Dalam masa setahun tu macam-macam jadi kat pasaran dunia. Kalau dulu modal gomen suh rakyat simpan kat bank/amanah saham adalah dengan bank duit kita lebih selamat, ada dividen, amanah saham pulak dividennya boleh mengatasi masalah inflasi yang mengurangkan nilai duit. Pastu bank lebih stabil. Itu dulu la. La ni berani ka sapa-sapa jamin duit kat bank lebih selamat? Boleh jamin bank tak bankrap? Dalam masa setahun ni Lehman Brothers, antara bank senior kat US dah tutup kedai. Northern Rock kat UK sebelum tu dah jadi institusi nasional. Kat UK pulak gomen kena beli saham bank sebab nak selamatkan institusi bank.

Kat mesia suasananya mungkin lain sikit. Keadaan macam ni akan lebih menambahkan keyakinan rakyat pada institusi macam PNB, mesti makin ramai yang menabung dengan ASB, risikonya kurang. Tabung Haji? Harapnya dapatla meningkatkan prestasi. Aku tak menambah mana-mana portfolio, buat masa ni duit diperlukan sebagai persediaan selepas 6 bulan lagi dah tak dapat elaun belajar.

Sekarang dah duduk umah baru. Banyak jugak sebenarnya kos pindah randah ni. Nak beli itu ini barang keperluan. Bil-bil pun semuanya dah tak kongsi bayar. Well, tu la harga privasi kan.