Monday 23 July 2012

Mengapa jadi dealer?

Dalam melabur, setiap keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan maklumat, atau dalam istilah design dipanggil 'informed decisions'. Maknanya keputusan yang dibuat adalah selepas kita buat pertimbangan daripada pelbagai sudut. Pelaburan, tak kisahlah hartanah, emas/perak, saham atau unit amanah sekalipun mestilah keputusan yang kita buat atas kehendak sendiri. Jangan leburkan duit pada pelaburan yang tak pasti halal haramnya, atau kesahihan pelaburannya dan yang penting kita kena faham risikonya supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Melabur, macam juga berniaga, ada untung ada ruginya. Kalau pelaburan itu menjanjikan pulangan tetap, maka dah dikira non-compliant.

Masa mula-mula terlibat dengan perak, aku beli silver bar daripada orang kat group Silver Lot Shop di Facebook saja. Ada modal lebih daripada simpanan ASB, dan kebetulan harga murah sikit, aku beli terus daripada Apmex.  Seronok, beli dan beli. Kemudian, aku mula rancang strategi pelaburan betul-betul. Melabur bukan sekadar beli dan beli. Sampai bila kita nak terus menyimpan perak dan emas? Itulah yang dinamakan 'exit strategy'.

Kita kena ada matlamat, kena ada tempoh tertentu kita nak melabur. Contohnya, katakan aku target nak cover belanja masa pencen. Katakan perbelanjaan sebulan untuk lagi 20 tahun adalah RM6000.00, berapa pencen/anggaran nak guna KWSP sebulan. untuk tampung jumlah yang tak cukup, mungkin kena jual 5 oz perak sebulan. Harga 1 oz perak la ni RM 115, kalau kenaikan 20 tahun sebanyak 500%, dengan 5 oz perak boleh dapat RM3450. OK, tapi macam mana nak jual 5 oz perak tu? Pilihan yang ada, sama ada mencari market sendiri macam di Silver Lot Shop. Pilihan kedua, mencari syarikat yang bersedia membeli perak yang aku ada. Dengan sebab itu, aku pilih untuk daftar sebagai dealer dengan GSR. Gold and Silver Resources (GSR) masih baru lagi. Bulan 11 tahun lepas saja, sebab masih baru ada promosi daftar sebagai dealer cuma RM1000.00. Dapat attend seminar pemasaran percuma, pekej jaket, flyers dan kad. Yang penting, boleh beli dengan harga diskaun.

GSR bagi free delivery kalau order perak lebih daripada sekilo, atau untuk emas pada sebarang berat. Yang ni la tarikan utama. Sebabnya, duduk jauh dihujung kampung. Nak pi ambik sendiri barang dah tentu menyusahkan. Jadi pos adalah medium utama. Soal harga, setakat ni beberapa orang teman dah buat eksperimen pi kedai emas dan tanya-tanya harga gold bar dan barang kemas. Setakat ni harga GSR memang murah. Tapi, itu adalah pilihan aku. Aku dah buat pertimbangan. Hangpa? Terpulang pada pilihan masing-masing, yang penting cari ilmu dulu untuk melabur. Lepas tu banding-bandingkan banyak syarikat yang ada, yang pertama make sure tak melibatkan skim-skim yang meragukan. Tak ada janji untuk memberikan pulangan dividen, dan ada physical ownership. Harga pulak, kena la rajin-rajin tengok harga market juga supaya tak kena tipu membeli pada harga yang sangat mahal.

No comments: