Minggu lepas UTC aku hantar mesej. Tanya kabar dan jugak nak maklumkan tentang NAV yang tengah rendah la ni. Agaknya dia risau takut aku panik bila tengah reganya lebih rendah daripada masa aku beli hari tu.
Aku tak kisah pun sebenarnya, pasaran turun naik tu perkara biasa. Tapi untuk jangka masa panjang indeks harga sentiasa meningkat walaupun ada masa rega saham-saham jatuh menjunam. Buat masa ni pelaburan aku kat Public Mutual dan Hwang-DBS tu aku simpan dulu la. Walaupun sebenarnya la ni aku dah tak berminat sangat nak nak masuk saham amanah ni. Pada aku saham amanah ni untuk yang malas nak menguruskan profail pelaburan sendiri sebab terlalu sibuk dengan kerja lain atau untuk yang baru nak belajar melabur.
Aku pulak, idak ler mengatakan aku ni sangat lapang. Tapi kalau melabur saham, aku lebih suka jadi pemilik syarikat tu. Bukan setakat jadi trader yang asik nak jual-beli je. Aku beli saham sebab aku memang berminat dengan perniagaan yang dijalankan, nak bukak kampeni sendiri buat masa ni memang tak mampu.
Contohnya, dulu-dulu masa baca Dewan Kosmik kot, aku baca tentang David Ho, pemilik Hovid tu. Rupa-rupanya teh Hor Yan Ho, pil Chi Kit Tech Aun semuanya daripada situ. Duk dalam industri buat ubat ni memang banyak la kena keluar duit untuk research kan. Jadi, Hovid ni memang idaman aku la sejak dulu. Tapi dah tentu-tentu la tak mampu nak beli semua kan, aku beli je la apa yang mampu. Awal tahun ni aku beli saham Hovid ni. Masa beli tu remisier tanya aku, dapat tip mana ni, agaknya sebab kempeni ni tak termasuk list dia kot. Aku senyum je la.
Baru-baru ni Tetah cakap cek dividen dah sampai. Seratus lebih. Okla kan, tapi aku memang tak berniat nak jual pun. Memang ada cadangan nak beli lagi kalau ada rezeki lagi. Kira kalau tengok ubat keluaran Hovid kat farmasi, bangga la ngan diri sendiri. Kampeni aku la ni...persen saham belakang kira huhuhuhuhu...
Sifu-sifu pelaburan kononnya selalu la pesan, jangan ada perkaitan emosi dengan kampeni yang kita pegang saham dia. Tapi lupa nak semak, pesanan ni untuk trader atau shareholder. Tapi aku rasa ni pesanan untuk trader la. Kalu yang berjiwa shareholder macam aku ni, dah tentu-tentu ada emosi, sebab rasa macam kampeni sendiri kan. Ada beberapa lagi kampeni yang aku target, kira kalau dapat beli memang takkan jual...kira bertahan hingga ke dentingan syiling terakhir la.
1. Air Asia. Kali terakhir aku naik ni, dia takde jual arak lagi. Tak tau la ni macam mana. Kalau jual maknanya aku kena buang dari list aku.
2. PentaMaster.
3. Amway. Aku nak jadi bos. Kasi ahli-ahli dia bekerja keras untuk bagi aku dividen hahahha
4. Bonia. Ahaaa... kalau jangan lupa beli barang Bonia okeh!
5. Dutch Lady.
6. Hup Seng.
Sunday, 24 August 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment