Friday, 4 January 2013

Dinar Syifa' GSR: Seribu Dinar Seribu Guna

Dari mana datangnya istilah ayat seribu dinar itu. Entahlah, tak jumpa pun dalam mana-mana sumber sahih setakat ini. Sekadar menunjukkan, betapa dinar itu sangat berharga sampai dijadikan nama kepada satu amalan memurahkan rezeki walaupun amalan itu sendiri belum tentu bersumberkan sunnah. Dinar adalah matawang di zaman Rasulullah, tapi masa tu umat Islam tak buat sendiri dinar ni. Jadi, tak timbul masalah dinar islamik dan dinar tak islamik.

Dinar tempaan kerajaan Islam hanya bermula pada zaman pemerintahan selepas khulafa ur rasyidin. Siapapun yang mengeluarkan dinar, nilainya adalah bersandarkan kepada nilai emas yang ada. Dan emas diterima seantero alam. Asalkan tulen emasnya, dinar tetap bernilai walau di mana saja.

Dinar Syifa' keluaran GSR didatangkan dengan sijil ketulenan emas dengan tandatangan asli assayer pada setiap sijil. Dinar Syifa' adalah dengan ketulenan emas 917 (91.7% peratus kandungan emas), sesuai dijadikan mas kahwin, hadiah atau koleksi peribadi. Aku pun beli buat koleksi, nanti-nanti kalau rajin boleh bawak ke kedai buat loket. Kalau malas, boleh buat hadiah untuk anak-anak nanti. Nanti kita cerita pula macam mana nak jadikan emas dan perak sebagai insurans, tanpa perlu bayar komisen kepada ejen.



Daftar ahli percuma dan beli online di  http://gsr2u.com.my/atikah, atau contact FB: Peti Emas Perak GSR.



No comments: