Tuesday, 2 April 2013

Ilmu Tak Menjamin Kekayaan

Aikkk? Selalu orang kata kalau nak kaya kena cari ilmu dulu. Ilmu tentang macam mana nak mengurus dan menambah harta. Kenapa pula kalau ada ilmu pun belum tentu kaya?

Betul, nak membuat dan menambah harta kena lah ada ilmu, tapi adanya ilmu kewangan belum tentu menjamin kita akan jadi kaya dan berharta. Sebabnya, kalau ada ilmu tapi gagal nak amalkan, sia-sia kan jadinya. Pengurusan kewangan peribadi sebenarnya sangat dipengaruhi oleh tabiat sesorang.Kata Dave Ramsey, ilmu hanya menyumbangkan 20% daripada tindakan kita menguruskan kewangan kita. Selebihnya 80% bergantung kepada sikap dan tabiat kita. Kalau tidak, dah tentu semua yang belajar kewangan, akauntan itu hartawan.

Katakan kita teringin nak beli barang yang mahal, walaupun kita tak mampu dan menyedari yang kita memang tak mampu, kita tetap nak juga beli. Penyelesaian mudah, kita gunakan kad kredit, walaupun kita sedar interest yang dikenakan amat tinggi. Ilmu kita ada, kita tau interest kad kredit 18% tapi kemahuan hati lebih kuat dari kata akal. Tak boleh menyimpan sedikit untuk masa depan adalah masalah sikap juga, tak ada disiplin. Itulah sebabnya, nak kaya dan berharta kena ubah sikap dulu. Yang sebenarnya, kaya, berharta dan berjaya hasil sikap dan tabiat kita.

Wednesday, 20 March 2013

Emas Menguntungkan atau Merugikan?

Kebelakangan ini harga emas jatuh, jadi kalau anda kebetulan sangat memerlukan wang dan perlu menjual emas yang dibeli 6 bulan lepas, pasti anda akan kerugian. Lalu pengalaman rugi ini disampaikan dari mulut ke mulut, aku beli emas tak untung pun. Rugi lagi ada.

 Saya selalu menekankan bahawa pelaburan emas dan perak adalah pelaburan jangka sederhana dan panjang. Tiada pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek kecuali skim piramid yang bersifat 'head hunting'. Skim piramid tak boleh bertahan lama, sama ada 'crashed' atau diserbu pihak berkuasa. Untuk melabur, pastikan wang yang dilaburkan itu tidak akan diperlukan untuk jangka masa 2-5 tahun. Supaya anda tidak terdesak. Sebelum melabur, penuhkan dulu tabung simpanan untuk perbelanjaan hidup 3-6 bulan. Kemudian baru fikirkan ke mana mahu dilaburkan wang lebihan itu. Sebelum melabur, kita perlu memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu. Walaupun prestasi sebelum ini bukan jaminan kepada prestasi akan datang, kita masih boleh menjangkakan prestasi akan datang berdasarkan 'past performance'.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin melabur dalam emas prestasi emas selama sebulan (Graf 1) adalah tidak bagus.  Sebulan yang lalu harganya mahal, sekarang sudah menjunam. Rugi bukan?

Graf 2 juga menunjukkan trend yang sama. Harga terjun gaung! Kecewa nampaknya kerana kilauan emas nampaknya tidak seperti yang digembar-gemburkan.

 Apa keputusan anda, masih mahu melabur atau beralih ke pelaburan lain?

Lihat pula graf 3, prestasi emas untuk jangka masa setahun. Masih tidak meyakinkan. Nampaknya sinaran emas hanyalah gebang kedai kopi sahaja. Betulkah? Bandingkan dengan graf 4 disebelahnya. kenapa trend tiba-tiba seperti linear sahaja? Graf 4 adalah petunjuk prestasi emas selama 10 tahun. Sepanjang 10 tahun itu, ada puncak dan ada curam. Namun trend yang tetap adalah harganya sentiasa meningkat. Adalah sukar untuk harga hari ini jatuh sehingga harga 10 tahun lepas. Nah, apa kata anda?





Saturday, 9 March 2013

Tiada Modal Nak Melabur? Sertai cabaran ini!

Alasan utama kenapa tak melabur adalah sebab tak ada duit modal. Kalau kita cari puncanya, memang takkan ada duit modal kalau tak ada simpanan.  Mana nak datang simpanan kalau kita sendiri tak menyimpan. Haaa.... macam mana pulak nak menyimpan? Tabiat menyimpan ni memerlukan tahap disiplin dan kekentalan yang tinggi. Memang susah nak menyimpan, tambahan la ni barang serba-serbinya mahal. Hari ni dapat duit, esok lusa dah habis. Bayar sana-sini, beli itu-ini.

Tapi, kita kena akui keperluan menyimpan untuk masa depan. Sebagaimana Nabi Yusuf a.s. diperintahkan bersiap-sedia menghadapi tahun-tahun yang sukar, kita juga perlu mengatur strategi untuk menghadapi hari-hari depan. Kalau tak ada strategi, macam mana nak mencapai kebebasan kewangan? Nak melabur perlukan modal, dan biasanya dalam kebanyakan buku personal finance dicadangkan supaya disisihkan 10-20% daripada pendapatan untuk dijadikan modal pelaburan. Money makes money. Tapi, bukan senang nak dapatkan peratus tu, dengan nak bayar rumah, kereta, duit belanja lagi. Susah, tapi tak mustahil.

Aku jumpa kat satu blog, cabaran selama 52 minggu, kira setahun la untuk kita menyimpan duit. Jadual di bawah ni aku ubahsuai sikit sebab dekat blog tu letak USD. Mulakan dengan RM1, setiap minggu tambah RM1 daripada nilai minggu sebelumnya. InsyaAllah, cukup 52 minggu kita akan ada cukup modal untuk memulakan langkah untuk membuat pelaburan. Dalam masa yang sama, belajarlah macam-macam jenis pelaburan yang ada, supaya duit hasil usaha dan titik peluh kita tak ditipu orang lain sewenang-wenangnya. Jadual cabaran simpanan ni aku letak kat bawah, untuk jadi rujukan. Cuba tengok jumlah terkumpul lepas 52 minggu. Hebat dak?



Aku nak mencabar diri sendiri ni. Untuk kes aku, aku plan nak mulakan dengan RM3, habis 52 minggu InsyaAllah nak beli 20g emas. Lepas 52 minggu kita masing-masing buat report. Mai la sapa-sapa nak join cabaran aku ni...

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak membeli atau melabur emas/perak? Daftar ahli percuma dan beli online di  http://gsr2u.com.my/atikah, atau contact FB: Peti Emas Perak GSR untuk perkongsian.

Friday, 4 January 2013

Dinar Syifa' GSR: Seribu Dinar Seribu Guna

Dari mana datangnya istilah ayat seribu dinar itu. Entahlah, tak jumpa pun dalam mana-mana sumber sahih setakat ini. Sekadar menunjukkan, betapa dinar itu sangat berharga sampai dijadikan nama kepada satu amalan memurahkan rezeki walaupun amalan itu sendiri belum tentu bersumberkan sunnah. Dinar adalah matawang di zaman Rasulullah, tapi masa tu umat Islam tak buat sendiri dinar ni. Jadi, tak timbul masalah dinar islamik dan dinar tak islamik.

Dinar tempaan kerajaan Islam hanya bermula pada zaman pemerintahan selepas khulafa ur rasyidin. Siapapun yang mengeluarkan dinar, nilainya adalah bersandarkan kepada nilai emas yang ada. Dan emas diterima seantero alam. Asalkan tulen emasnya, dinar tetap bernilai walau di mana saja.

Dinar Syifa' keluaran GSR didatangkan dengan sijil ketulenan emas dengan tandatangan asli assayer pada setiap sijil. Dinar Syifa' adalah dengan ketulenan emas 917 (91.7% peratus kandungan emas), sesuai dijadikan mas kahwin, hadiah atau koleksi peribadi. Aku pun beli buat koleksi, nanti-nanti kalau rajin boleh bawak ke kedai buat loket. Kalau malas, boleh buat hadiah untuk anak-anak nanti. Nanti kita cerita pula macam mana nak jadikan emas dan perak sebagai insurans, tanpa perlu bayar komisen kepada ejen.



Daftar ahli percuma dan beli online di  http://gsr2u.com.my/atikah, atau contact FB: Peti Emas Perak GSR.