Ada 3 rekaan rantai leher keluaran GSR yang mula dijual Jumaat lepas. Berat kurang daripada 10g, menjadikan kesemuanya rantai leher mampu milik. Harganya dah tentu tak sampai RM1500.00. Nak bergaya? Kepuasan sendiri? Semuanya boleh, rantai comel. Less is more. :)
Tuesday, 31 July 2012
Friday, 27 July 2012
Pelaburan Emas di Bijak Wang @TV3
Tuesday, 24 July 2012
Menabung dan Insurans dengan Emas
Video daripada Dean Arif menunjukkan cara nak menabung dan menyimpan untuk masa depan tanpa perlu membeli insurans. Aku pernah mesej dia tanya pasal ni, untuk 'insurans' kesihatan dan pendidikan anak-anak memang dia beli gold bar dan dinar, untuk financial freedom dia beli jongkong perak. Tontonlah, kalau belum mula, mulakan segera menabung. Peratusan nak menabung boleh ubahsuai cara menabung mengikut kesesuaian kita.
Monday, 23 July 2012
Mengapa jadi dealer?
Dalam melabur, setiap keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan maklumat, atau dalam istilah design dipanggil 'informed decisions'. Maknanya keputusan yang dibuat adalah selepas kita buat pertimbangan daripada pelbagai sudut. Pelaburan, tak kisahlah hartanah, emas/perak, saham atau unit amanah sekalipun mestilah keputusan yang kita buat atas kehendak sendiri. Jangan leburkan duit pada pelaburan yang tak pasti halal haramnya, atau kesahihan pelaburannya dan yang penting kita kena faham risikonya supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan. Melabur, macam juga berniaga, ada untung ada ruginya. Kalau pelaburan itu menjanjikan pulangan tetap, maka dah dikira non-compliant.
Masa mula-mula terlibat dengan perak, aku beli silver bar daripada orang kat group Silver Lot Shop di Facebook saja. Ada modal lebih daripada simpanan ASB, dan kebetulan harga murah sikit, aku beli terus daripada Apmex. Seronok, beli dan beli. Kemudian, aku mula rancang strategi pelaburan betul-betul. Melabur bukan sekadar beli dan beli. Sampai bila kita nak terus menyimpan perak dan emas? Itulah yang dinamakan 'exit strategy'.
Kita kena ada matlamat, kena ada tempoh tertentu kita nak melabur. Contohnya, katakan aku target nak cover belanja masa pencen. Katakan perbelanjaan sebulan untuk lagi 20 tahun adalah RM6000.00, berapa pencen/anggaran nak guna KWSP sebulan. untuk tampung jumlah yang tak cukup, mungkin kena jual 5 oz perak sebulan. Harga 1 oz perak la ni RM 115, kalau kenaikan 20 tahun sebanyak 500%, dengan 5 oz perak boleh dapat RM3450. OK, tapi macam mana nak jual 5 oz perak tu? Pilihan yang ada, sama ada mencari market sendiri macam di Silver Lot Shop. Pilihan kedua, mencari syarikat yang bersedia membeli perak yang aku ada. Dengan sebab itu, aku pilih untuk daftar sebagai dealer dengan GSR. Gold and Silver Resources (GSR) masih baru lagi. Bulan 11 tahun lepas saja, sebab masih baru ada promosi daftar sebagai dealer cuma RM1000.00. Dapat attend seminar pemasaran percuma, pekej jaket, flyers dan kad. Yang penting, boleh beli dengan harga diskaun.
GSR bagi free delivery kalau order perak lebih daripada sekilo, atau untuk emas pada sebarang berat. Yang ni la tarikan utama. Sebabnya, duduk jauh dihujung kampung. Nak pi ambik sendiri barang dah tentu menyusahkan. Jadi pos adalah medium utama. Soal harga, setakat ni beberapa orang teman dah buat eksperimen pi kedai emas dan tanya-tanya harga gold bar dan barang kemas. Setakat ni harga GSR memang murah. Tapi, itu adalah pilihan aku. Aku dah buat pertimbangan. Hangpa? Terpulang pada pilihan masing-masing, yang penting cari ilmu dulu untuk melabur. Lepas tu banding-bandingkan banyak syarikat yang ada, yang pertama make sure tak melibatkan skim-skim yang meragukan. Tak ada janji untuk memberikan pulangan dividen, dan ada physical ownership. Harga pulak, kena la rajin-rajin tengok harga market juga supaya tak kena tipu membeli pada harga yang sangat mahal.

Sunday, 22 July 2012
'Performance' Emas dan Perak
Kali ni kita tengok pula graf prestasi emas dan perak. Kita tengok antara emas dan perak, masa yang lebih mendatangkan pulangan yang lebih lumayan.
Graf ni memang 'raw'. Aku save direct daripada excel. Boleh nampak dak perbezaan prestasi dua bersaudara ni? Prestasi emas konsisten saja. Naik tak melampau, turun pun tak memengsankan.
Cuba tengok graf perak, kalau kena kita beli masa harga mahal, negatif la keuntungannya. Mau kering kolam ayaq mata siang malam meraung. Tapi, cuba tengok masa dia memuncak prestasi. Gila untung!
Jadi, kalau nak melabur, pastikan anda tidak meraung-raung mengenangkan nasib diri. Rega jatuh? Fine, tambah stok! Rega naik? Boleh jual untuk dapatkan modal, atau dok diam. Hehehehehe...
Kalau nak melabur emas, sekurang-kurangnya duit tak diperlukan dalam masa 18 bulan. Perak lebih lama. Pastikan ada simpanan tunai minimum untuk beberapa bulan supaya kita tak perlu meminta-minta. Tangan yang di atas lebih baik daripada yang di bawah, kan?

Thursday, 19 July 2012
Pulangan Pelaburan 1-10 Tahun
Haaaaa.... camna, ada berani ka?
Subscribe to:
Posts (Atom)